Home
80 years of liberation from Japanese occupation commemorated at IPGK Batu Lintang
- Details
- Hits: 58
Bahasa Melayu:
Ulang tahun ke-80 pembebasan Sarawak daripada pendudukan Jepun telah diadakan di IPG Kampus Batu Lintang yang juga merupakan Kem Tahanan Batu Lintang antara tahun 1942-1945. Upacara ini menjadi peringatan penuh makna tentang ketabahan, perpaduan dan keamanan. Upacara peringatan pada 11 September 2025 bukan sekadar untuk mengingati sejarah, tetapi juga untuk belajar daripada pengajarannya yang begitu berharga.
“Kita tidak boleh lupa bahawa kebebasan dan kestabilan yang kita nikmati hari ini telah dibayar dengan pengorbanan yang amat besar,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 Pembebasan Sarawak daripada Perang Dunia Kedua 1945–2025 di Dewan Brooke, Institut Pendidikan Guru Batu Lintang.
English Translation:
The 80th anniversary of Sarawak’s liberation from Japanese occupation was held at the Batu Lintang Teacher Education Institute (IPG), which was also the Batu Lintang Prisoner-of-War Camp between 1942 - 1945. The ceremony served as a meaningful reminder of resilience, unity, and peace. The commemoration was not only to remember history but also to learn from its valuable lessons.
“We must never forget that the freedom and stability we enjoy today were paid for with great sacrifices,” he said in a speech read by his Deputy Minister, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, during the 80th Anniversary of Sarawak’s Liberation from World War II 1945–2025 celebration at Dewan Brooke, Batu Lintang Teacher Education Institute.
Batu Lintang Time Line
- 25 December 1942-11 September 1945: Zaman Pendudukan Jepun (September 1945: Japanese Occupation)
11 September 1945-10 Januari 1946: Sarawak ditadbir oleh BBCAU (Sarawak was administered by the British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU) - 11 January 1946-15 April 1946: Pentadbiran BMA (British Military Administration (BMA)
- 15 April-1 July 1946: Pentadbiran Raja Charles Brooke (The interim rule of Raja Charles Brooke)
- 1 July 1946-15 September 1963: Sarawak menjadi Tanah Jajahan British (Sarawak became a colony of the United Kingdom)
- 16 September 1963: Kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah (Independence through the formation of Malaysia with the Federation of Malaya and Sabah)




Batu Lintang Mini Museum
- Details
- Hits: 1594
The Batu Lintang Mini Museum was officially opened in 1998. The expansion of the small museum was suggested by Dr. Hajah Haminah binti Suhaibo, lecturer at the Department of Social Sciences. In the initial stages of the establishment, the contributions of former students, especially from Brunei Darussalam, were instrumental in making this project a success. However, the contributions of former students from Sarawak and Sabah were not forgotten. By 2022, IPGK Batu Lintang has successfully produced 16,000 students who have served throughout Malaysia and Brunei. We hope that with this mini-museum, we can keep a little memory not only of the former World War II prisoners, but also of all the former students and teachers who were trained here.
In the early stages, the museum's collection was operated in a small room. However, as the collection grew, it was moved to the current mini-museum building. This mini-museum building was originally a meeting room built in the 1960s. Then this room was converted into a computer lab before it was turned into a mini-museum.
Bahasa Melayu:
Mini Muzium IPG Kampus Batu Lintang dilancarkan secara rasmi pada tahun 1998. Idea penubuhan diilhamkan oleh Dr. Hjh. Haminah binti Suhaibo dan penysarah Jabatan Sains Sosial. Pada peringkat awal penubuhan sumbangan bekas penuntut khususnya dari negara Brunei Darussalam banyak membantu untuk menjayakan aspirasi ini. Tidak dilupakan juga sumbangan bekas penuntut dari Sarawak dan Sabah. Sehingga tahun 2022 IPGK Batu Lintang telah berjaya melahirkan 16,000 orang penuntut yang telah berkhidmat di seluruh Malaysia dan Brunei. Kami mengharapkan dengan wujudnya mini muzium ini dapat menyimpan serba sedikit catatan memori bukan sahaja bekas tawanan Perang Dunia Kedua malahan juga semua bekas penuntut dan guru yang telah dilatih di sini.
Pada peringkat awal koleksi muzium hanya ditempatkan disebuah bilik kecil. Walau bagaimanapun apabila koleksi bahan menjadi semakin banyak ia telah dipindahkan ke bangunan mini muzium yang digunakan sekarang. Bangunan mini muzium ini pada asalnya ialah bilik mesyuarat yang dibina pada tahun 1960-an. Kemudian bilik ini ditukarkan menjadi makmal komputer sebelum diserahkan menjadi muzium mini.


Since 2012 a World War II memorial has been built next to the mini museum building. Every year in september, a commemoration of the end of World War II is held here.

Bahasa Melayu:
Mulai tahun 2012 World War II memorial telah dibina bersebelahan dengan bangunan mini muzium. Setiap tahun upacara meraikan tamatnya Perang Dunia Kedua akan diadakan di disini pada bulan September.

In 2021, IPGK Batu Lintang was honored to have the Long Nawang plaque erected in memory of the Sarawak government official killed in Long Nawang, Kalimantan by their relatives in Sarawak and Ireland.
Bahasa Melayu:
Pada tahun 2021 IPGK Batu Lintang diberikan penghormatan untuk menerima perletakan Long Nawang Plaque bagi memperingat Pegawai Kerajaan Sarawak yang mati terbunuh di Long Nawang, Kalimantan, oleh waris-waris yang berada di Sarawak dan Ireland.

The History of Batu Lintang Teachers' Training College
- Details
- Hits: 2033
![]() |
![]() |
|---|
The IPG Batu Lintang Mini-Museum or better known as the War Memorial Museum is a small museum located in the IPGK Batu Lintang Campus. The museum was officially opened in 1998 on the occasion of the 50th golden jubilee of the establishment of Batu Lintang as a teacher training institution.
This institution was established in 1940 as a school by Sarawak Malay Training College in Malay Madrasah Building, Jalan Jawa Kuching.
---------
Bahasa Melayu:
Muzium pendidikan IPG Kampus Batu Lintang atau lebih dikenali sebagai War Memorial Museum merupakan sebuah mini muzium yang terletak di dalam Kampus IPGK Batu Lintang. Muzium ini dilancarkan secara rasmi pada tahun 1998 iaitu bersempena sambutan jubli emas ke-50 penubuhan Batu Lintang sebagai institusi bagi melatih bakal guru.
Institusi ini bermula sebagai sebuah sekolah melalui Sarawak Malay Training College di bangunan Madrasah Melayu, Jalan Jawa Kuching pada tahun 1940.

After the end of World War II, Batu Lintang was reopened in 1947 with a total of 19 students. On July 1, 1948, the students were transferred from Jalan Jawa to Batu Lintang POW camp and renamed Batu Lintang Training Center and School.
Starting from a wooden building left as Punjabi barracks by British, Australian and Japanese soldiers, Batu Lintang was entrusted with the training of intelligent students from the states of Sarawak, Sabah and Brunei. In 1950, recruitment was opened to female trainees as well. Since the 1950s and 1960s, several buildings were added with the help of grants from the British government.
From 1967, the name of the institution was changed to Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL). Since 1967 until today, there have been many interesting developments. MPBL has successfully produced many graduates in the fields of Certificates, Diplomas and Post-Graduate Diplomas and Matriculation and operates throughout Malaysia. With the renaming of MPBL in 2009, the name of MPBL was changed again to Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang (IPGKBL) and the institution started to issue Bachelor degrees for the teaching profession.
---------
Bahasa Melayu:
Selepas tamatnya Perang Dunia ke-2, Batu Lintang dibuka semula pada tahun 1947 dengan pengambilan seramai 19 orang pelajar. Pada 1 Julai 1948 lokasi Batu Lintang telah dipindahkan ke Kem Tahanan Tawanan Perang Batu Lintang dan dinamakan sebagai Pusat Latihan dan Sekolah Batu Lintang.
Bermula dengan bangunan kayu tinggalan tentera British (Australia) dan Jepun yang dikenali sebagai berek tentera Punjabi, Batu Lintang telah diberikan tangungjawab melatih pelajar-pelajar pintar yang dikenal pasti dari seluruh negeri Sarawak, Sabah dan Brunei. Pada tahun 1950 pengambilan turut dibuka kepada pelatih wanita. Sejak tahun-tahun 50-an dan 60-an beberapa bangunan telah ditambah melalui geran Kerajaan British.
Mulai tahun 1967 nama institusi ini ditukarkan kepada Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL). Banyak perkembangan menarik sejak tahun 1967 hingga kini. MPBL telah berjaya melahirkan ramai lulusan dalam bidang sijil, diploma dan Diploma Lepasan Ijazah dan Matrikulasi dan berkhidmat di seluruh Malaysia. Dengan penjenamaan semula MPBL pada tahun 2009 nama MPBL sekali lagi ditukarkan kepada Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang (IPGKBL) yang menyaksikan institusi ini mula mengeluarkan lepasan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.












