RINGKASAN
Pengenalan
Dalam catatan F.C Bell pada muka surat 9 - 19, Bell cuba menulis tentang sejarah negara Perancis yang melibatkan Nicolas Foucquet yang terlibat kegiatan yang dianggap mengancam keselamatan negara Perancis melalui tajuk LE CHATEAU DE VAUV LE COMTE. Nicolas Fouqcuet juga dikenali sebagai Foucquet, Viscomte de Vaux ataupun Marquis de Belle-Isle. Lahir pada tahun 1615 di Paris dan meninggal di Château de Pignerol, Perancis pada 23 Mac 1680.
Foucquet merupakan seorang Penguasa Kewangan di Perancis dari tahun 1653 sehingga 1661 di bawah penguasaan Raja Louis XIV. Dengan kekayaan yang melimpah ruah yang dimiliki oleh Fauquet, beliau telah membeli pelabuhan Belle-Île-en-Mer bagi mengukuhkan kubu pertahanannya dan membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar dalam membina sebuah château iaitu istana di estet yang dimilikinya dikenali sebagai Le Chateau De Vauv Le Comte yang dihiasi dengan hiasan yang sangat indah dan cantik (enourmous beauty).
Melalui Sub tajuk Saint Mandé & Art. Saint Mande penulis membayangkan betapa hebatnya galeri yang cuba dibandingkan dengan kehebatan Osiris dan Makam Firaun Mesir. Dalam pembinaan galeri ini, Foucquet telah berbelanja besar memandangkan beliau sangat mencintai aspek senibina.
Selain mencintai senibina Foucquet turut meminati aspek pementasan sajak misalnya hasil karya Pierre Corneille. Foucquet menyifatkan hasil karya Corneille melalui persembahan Tragedy of Oedipus sebagai karya mengkagumkan. Selain Foucquet mengkagumi Pierre Corneille beliau turut menceritakan kenalan yang rapat dengan beliau iaitu Thomas Corneille yang mempersembahkan "Death of the comma ode", dan Paul Pellison yang pernah memegang jawatan sebagai setiausaha kepada Fouquet.
Dibawah subtopik seterusnya, Bell menceritakan mengenai keluarga Foucquet iaitu Manie Foucquet (isteri pertama) yang telah meninggal dunia dan anak perempuan beliau yang dikahwinkan dengan anak sulung kepada Comte de Chanost. Manakala isteri keduanya pula adalah Marie-Madeleine de Castille-Villemareuil disifatkan sebagai isteri yang setia tetapi dipinggirkan. Bell turut mengambarkan kisah akhir kehidupan Marie-Madelleine sebagai suatu kesedihan.
Pada sub topik seterusnya Bell memperlihatkan bagaimana Foucquet menggunakan wang sebagai senjata untuk menawan beberapa orang wanita misalnya Madame Scarron dan Mile Freillmux. Apabila Abel Servien meninggal dunia pada 1659 dan diikuti oleh Mazarin pada Mac 1661 Raja Louis XIV telah mengambil keputusan untuk memerintah Perancis terus (direct rule). Raja Louis XIV memerintahkan Foucquet untuk menerangkan keseluruhan keadaaan dan sistem ekonomi Negara memandangkan Foucquet merupakan Menteri Kewangan pada masa itu dan meneruskan perjanjian sebelumnya jika Foucquet masih jujur dan ikhlas. Walau bagaimanapun, Foucquet telah mempersembahkan kepada Louis XIV akaun yang salah, sementara Colbert telah diperintahkan oleh Louis XIV melaksanakan tugas khas untuk memerhatikan Fouquet. Colbert kemudiannya membuktikan kesalahan Foucquet yang mana sebelum ini Raja Louis XIV telah memberi peluang kepada Foucquet untuk memberi perakuan yang ikhlas, jujur dan benar. Walaupun Foucquet cuba meminta ampun daripada Raja Louis XIV tetapi jelas laluan dihadapan telah pun tertutup untuk Fouquet.
Di bawah sub topik kejatuhan Foucquet pula, Bell menggambarkan kemungkinan motif tersembunyi Raja Louis XIV dan Colbert sebenarnya berkaitan dengan agenda tersembunyi. Peguam Negara telah menimbulkan pertanyaan mengapa Foucquet tidak menjualkan aset beliau? Foucquet kemudiannya menjualkan jawatannya bagi menyenangkan hati Raja Louis dan memberi £ 1,400,000 sebagai hadiah kepada Raja.
Pada Ogos 1661, mahkamah telah melakukan satu lawatan yang julung kali diadakan supaya Raja Louis XIV menerima wang dariapada Foucquet dan mendapati Foucquet telah melakukan kesalahan besar apabila menyalahgunakan duit cukai rakyat. Foucquet didapati lambat bertindak selepas kematian Jules Mazarin bagi memegang jawatan Perdana Menteri mengakibatkan Raja Louis XIV telah mengambil keputusan untuk mengambil kuasa Perdana Menteri dan memerintah secara terus. Foucquet yang tidak mengambil berat tentang hal tersebut dengan beranggapan bahawa, ianya hanyalah bersifat sementara dan merupakan cita-cita besar seorang Raja Muda yang baru menaiki takhta. Foucquet juga tidak menyedari bahawa Colbert dan Le Tellier (Setiausaha Negara) yang sememangnya sudah lama memusuhi Foucquet kerana cemburu dengan kebolehan yang ada pada Foucquet telah bertindak memburukkan lagi masa depan Foucquet dengan melaporkan segala kesalahan Foucquet dan menyebarkan khabar angin bahawa Foucquet sengaja menunjuk-nunjukkan kekayaan yang dimiliki dengan pembinaan Le Chateau De Vauv Le Comte. Seolah-olah mengatasi kekayaan Raja Louis XIV sendiri.
Manakala di bawah subtopik penahanan Fouquet, pada 5 September 1661 Foucquet telah ditahan pada jam 7 pagi atas arahan Raja Louis XIV dengan tuduhan rasuah dan mencuri kekayaan negara. Apabila ditahan Foucquet telah dipindahkan dari satu penjara ke satu penjara yang lain dan perbuatan Foucquet menimbulkan kemarahan rakyat. Foucquet juga disebut dan dikutuk oleh akhbar-akhbar kerana penglibatan beliau dengan beberapa orang wanita.
Perbicaraan kes Foucquet telah berlangsung pada November 1661. Foucquet yang sangat berharap kepada keputusan mahkamah telah marah apabila perjalanan kes yang memakan masa yang panjang iaitu selama tiga tahun. Foucquet merungut mengenai ketidakupayaan mahkamah. Bagi menyukarkan Fouquet, Raja Louis XIV dikatakan telah memilih sendiri orang yang terlibat dalam perbicaraan tersebut.
Penyajak-penyajak menggambarkan bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan Foucquet adalah berkaitan dengan sajak kerana Farquet adalah pelindung kepadanya. Penyajak juga menggambarkan bahawa Mazarin iaitu Perdana Menteri Perancis pada masa itu sangat kedekut manakala Foucquet adalah seorang yang murah hati. Ramai penyajak dan ahli seni dan sastera menerima kebaikan daripada Foucquet kerana kemurahan hatinya. Melalui perkahwinan Raja secara tidak langsung telah menjadikan Raja Louis XIV mempunyai cukup kuasa untuk memulihkan kembali nilai emas dalam sistem kewangan negara.
Raja Louis kemudiannya mengambil langkah untuk menyingkirkan Foucquet yang dengan mengarahkan Colbert (Jean Baptiste Colbert) menyusun rancangan untuk membawa Foucquet ke muka pengadilan dan semua yang berselindung disebaliknya. Akhirnya Mazarin yang meninggal dunia dan segala semua rahsia penggelapan wang oleh Foucquet diketahui oleh Mazarin berkubur menjadi rahsia. Foucquet beranggapan bahawa Raja yang berusia 23 tahun itu akan memilihnya menjadi Perdana Menteri seterusnya selepas Mazarin.
Namun Raja Louis XIV secara senyap telah menerima nasihat Mazarin yang memberitahu Raja sebelum meninggal dunia dengan menyarankan kepada Louis XIV untuk memilih Colbert dan tidak menggunakan khidmat Fouquet. Foucquet disifatkan sebagai seorang yang pemurah dan berkarisme pandangannya serta merupakan seorang yang terhormat dan seorang sangat menghormati Raja (Louis XIV).
Raja Louis XIV yang lebih mempercayai Colbert mempercayai bahawa Foucquet merupakan seorang yang menyalahgunakan kuasa dan wang negara. Raja kemudiannya memerintahkan Foucquet untuk mengadap dan melaporkan keadaan kewangan dan harta negara. Foucquet yang tersepit telah meminta nasihat daripada rakan-rakannya. Beliau dinasihatkan agar bekerjasama dengan Raja dan tidak menyimpan apa-apa rahsia. Foucquet kemudiannnya meyakinkan Louis XIV bahawa semuanya adalah dalam keadaan yang baik dan Raja Louis XIV boleh bergantung harap kepada beliau. Foucquet tidak mengakui kesalahannya memandangkan dia tidak mempunyai keyakinan untuk mengubah tabiatnya. Fourquet juga menganggap bahawa keinginan Raja Louis XIV untuk memerintah sendiri tanpa Perdana Menteri hanyalah merupakan hasrat seorang anak muda yang bercita-cita besar semata-mata. Foucquet juga beranggapan bahawa hal tersebut menjadi isu yang hangat hanya untuk sementara waktu sahaja dan dalam beberapa hari perkara tersebut akan reda kembali. Namun rahsia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Foucquet dan penipuannya kepada Raja telah hampir kesemuanya diketahui oleh Raja secara sembunyi sehinggakan Raja Louis XIV terpaksa berusaha untuk menyembunyikan kenyataan tersebut daripada diketahui oleh Foucquet bahawa pembohongannya telah terbongkar.
Namun nota daripada madame du plessis bellière telah terlebih dahulu memberi amaran tentang bahaya yang bakal dihadapinya. Foucquet yang menyedari hal tersebut, secara sukarela dan cuba menyelamatkan dirinya dengan memohon ampun dan memuji-muji Raja. Foucquet juga cuba menyenangkan hati Raja Louis XIV dengan menyerahkan jawatannya beliau. Namun sebaliknya berlaku apabila perbuatannya dianggap sebagai pengakuan terhadap kesalahan-kesalahan perbuatannya.
Akhirnya, pada 5 September 1661 Foucquet dan madame du plessis bellière telah ditahan di Nantes dan dipenjarakan. Semua dokumen milik Foucquet turut dirampas dan ditahan. Semua perbuatan kotornya didedahkan. Semua pegawai-pegawai yang ada hubungan dengan Foucquet telah dibuang negeri dan ada yang terpaksa melarikan diri. Satu Suruhanjaya dibentuk untuk menyiasat Fouquet. Selepas tiga tahun ditahan segala kesakitan dan kebimbangan melibatkan perbicaraan tersebut tamat dengan Foucquet dijatuhkan hukuman buang negeri selama-lamanya. Akan tetapi Raja yang tidak berpuas hati telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjaran seumur hidup ke atas Fouquet. Maka Le Chateau De Vauv Le Comte yang dibina dan menjadi kebanggan oleh Fouquete telah ditinggalkan tanpa tuannya buat selama-lamanya.
Kejatuhan Foucquet digambarkan oleh penulis-penulis drama sebagai suatu drama politik yang penuh dengan skandal kewangan, tipu muslihat, dan kepentingan peribadi yang begitu mendalam yang dikaitkan dengan Raja Louis. Walau bagaimanapun P.P. Boucher (1985) menyifatkan adalah sesuatu yang pelik apabila Colbert yang membuat siasatan seawal tahun 1658 gagal membuktikan kesalahan Foucquet. Kes Foucquet ini telah menarik minat Bell untuk dimasukkan sebagai bahan pembelajaran di penjara Batu Lintang Kuching, 1943.
Ulasan oleh,
Habid’s Buhigiba, Ahmad Ashmirul, Alex dan Nazihah Sapiah (PISMP Ambilan Jun 2014 dan 2015)
*Catatan ini berdasarkan tafsiran tulisan tangan Bell yang agak sukar dibaca. Walau bagaimanapun pentasiran dibuat sebaik yang mungkin untuk tujuan pembelajaran.