1. Pengalaman (Jawatan-jawatan yang pernah disandang/tahun jawatan disandang/tempat bertugas sewaktu menyandang jawatan)

Bil.

Jawatan

Tempat 

Tempoh

1.

Guru Akademik

SMK Luar Bandar Sibu No.1

1980

2.

Penolong Pengarah (Peperiksaan)

Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

1981 – 1984

3.

Pengetua

SMK Simunjan No. 1

1984 – 1989

4.

Pengetua

SMK Lundu

1989 – 1992

5.

Pengetua

SMK Agama Majlis Islam Sarawak/SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching

1992 – 1995

6.

Penyelia Kewangan & Pembangunan

Jabatan Pendidikan Bahagian Kuching/Samarahan

1995 – 1996

7.

Pengetua

SMK (BM) Saratok

1996 – 1997

8.

Pengetua

SMK Santubong

1998 – 2003

9.

Pegawai Pelajaran Gabungan

Pejabat Pelajaran Gabungan Sri Aman 

2003 – 2006

10.

Pengarah

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

2006 – 2009

11.

Timbalan Pengarah

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2009 – 2011

12.

Pengarah

Institut Pendidikan Guru, Kampus Batu Lintang, Kuching

18 Apr 2011 – 31 Julai 2015. 

 

2. Sumbangan
(Sama ada dalam pergerakan masyarakat/pertubuhan/profesion/sukan/kebajikan/sosial/agama di peringkat tempatan atau antarabangsa)

Tuan Haji Awang Hambali Bin Haji Awang Hamdan telah berkhidmat di 12 buah stesen (termasuk stesen terkini) dengan menyandang jawatan-jawatan kanan dan utama. Beliau menyandang jawatan Pengetua di lima (5) buah sekolah menengah di negeri Sarawak (suatu rekod/pencapaian yang jarang dapat dicapai) sebelum diberi kepercayaan mengetuai organisasi pendidikan di Bahagian Sri Aman dengan menyandang jawatan Pegawai Pelajaran Gabungan Sri Aman dari tahun 2003 sehingga tahun 2006.
Di sekolah-sekolah yang pernah ditadbir dan dipimpinnya, beliau telah berjaya mengangkat martabat dan tahap pencapaian peperiksaan awam PMR/SPM/STPM. Antara pencapaian terbaik beliau adalah;

  • SMK Simunjan: Peperiksaan SPM, peratus kelulusan 34% (1987) meningkat ke 75% (1989) – Suatu sejarah baru bagi sekolah berkenaan.
  • SMK Lundu:Peperiksaan SPM, meningkatkan dan mengekalkan peratus kelulusan 80% ke atas – Salah sebuah sekolah luar bandar terbaik.
  • SMK Agama Majlis Islam Sarawak/SMKA TUNAZ: Peperiksaan PMR/SPM, keputusan melebihi kelulusan 96% - Salah sebuah sekolah terbaik di negeri Sarawak.
  • SMK (BM) Saratok: Berjaya meningkatkan pencapaian keputusan Peperiksaan PMR/SPM/STPM dan sentiasa menjadi antara sekolah yang terbaik di Bahagian Sri Aman/Betong.
  • Pendidkan Bahagian Sri Aman/Betong: Berjaya menganjakkan pencapaian keputusan Peperiksaan UPSR/PMR/SPM melebihi 50% pada tahun 2003 - 2005 (hampir menyamai peratus kelulusan peringkat Negeri ketika itu iaitu suatu pencapaian yang membanggakan bagi kawasan luar Bandar).
     
    Atas kemampuan dan pencapaian cemerlangnya di negeri Sarawak, Tuan Haji Awang Hambali telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Pengarah, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan pada tahun 2006. Beliau merupakan sekumpulan kecil pegawai pendidikan dari negeri Sarawak yang telah mendapat kepercayaan dan diberi peluang untuk berkhidmat di Semenanjung Malaysia pada ketika itu. 
     
    Antara pencapaian dan sumbangan signifikan beliau semasa berkhidmat sebagai Pengarah kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) adalah;
  • Kolej mendapat pensijilan MS ISO 9001: 2000 daripada SIRIM QAS International pada 13/10/2006.
  • iMemantapkan pengurusan kewangan dan akaun KMNS sehingga terpilih mewakili Kolej-Kolej Matrikulasi ke Pertandingan Kewangan & Akaun antara Institusi Pendidikan.

Membantu menjadikan KMNS terkehadapan dari segi pencapaian akademik berbanding kolej-kolej matrikulasi yang lain di mana semua mata pelajaran mencapai purata min mengatasi purata min kebangsaan. 
 
Semasa berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Matrikulasi, KPM, Tuan Haji Awang Hambali telah banyak membantu Pengarah Bahagian Matrikulasi dalam melaksana dan meluaskan program dan aktiviti bagi memantap dan memperkasakan Program Matrikulasi di seluruh Negara.

Kecemerlangan perkhidmatanTuan Haji Awang Hambali diteruskan setelah bertukar jawatan menjadi Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) mulai April 2011 dengan meneruskan tradisi kecemerlangan IPGKBL sebagai salah sebuah institut pendidikan guru tertua dan terunggul di Malaysia dalam bidang pendidikan guru. Di bawah kepimpinan beliau sehingga tahun 2015, IPGKBL kekal dan terus kukuh sebagai salah sebuah IPG terbilang dalam bidang penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) dan kepatuhan kepada pelaksanaan dan prosedur Agensi Kualiti Malaysia (MQA) bagi program pensiswazahan guru. Pada tahun 2014, IPGKBL telah menerima pengiktirafan bertaraf “5 Bintang” melalui sistem penarafan IPG iaitu pada kedudukan 5 buah IPGK teratas dalam kalangan kesemua 27 buah IPGK di seluruh negara. IPGKBL kerap menerima kunjungan pelawat-pelawat/institusi luar sebagai sebahagian daripada program lawatan penandaarasan mereka.


Kemuncak terhadap kecemerlangan, jasa dan khidmat bakti beliau dalam perkhidmatan awam dan bidang pendidikan, Tuan Haji Awang Hambali Bin Haji Awang Hamdan telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) oleh Yang DiPertua Negeri Sarawak pada tahun 2012. PPC ialah satu anugerah Peringkat Emas dalam perkhidmatan awam negeri Sarawak yang hanya akan dianugerahkan kepada ketua-ketua egensi/pengarah jabatan yang menunjukkan prestasi dan reputasi cemerlang dalam sejarah perkhidmatannya di negeri Sarawak.


2.     Sumbangan Tuan Haji Awang Hambali Bin Haji Awang Hamdan di luar bidang tugas rasmi iaitu dalam pertubuhan dan persatuan juga amatlah besar dan signifikan. Semenjak memulakan perkhidmatan sebagai Guru pada tahun 1980, beliau telah melibatkan diri serta menyandang jawatan-jawatan utama dalam 15 buah pertubuhan/persatuan sama ada di peringkat Kampung, Daerah, Bahagian dan Negeri.  Antara jawatan-jawatan penting dalam pertubuhan yang pernah beliau sandang ialah Setiausaha, Muslim Youth Movement (Sarawak), AJK Tertinggi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Ibadah, Kpg Semariang, Kuching, Pengerusi PSKPP Bahagian Sri Aman dan Pengerusi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sri Aman Sarawak. Ini membuktikan bahawa beliau sememangnya bergiat aktif terutamanya sebagai penggerak dan juga pemimpin pertubuhan/persatuan tersebut. Kesibukan dalam menjalankan tugas-tugas rasmi tidak menghalang beliau bergiat aktif menyumbang tenaga serta buah fikiran dalam menggerak dan memajukan pertubuhan/persatuan secara khusus dan masyarakat secara amnya.
 
3.     Sumbangan-Sumbangan Lain;
i.    Penceramah Kursus Induksi SSB/SSM (1996 – 2006)
ii.    Penceramah Jemputan Kursus Guru Tahfiz/Taski (1995 – 2005)
iii.    Penceramah Undangan Kursus Motivasi/Kepimpinan Pelajar Sekolah Rendah/Menengah
iv.    Ahli Panel Penilai PTK (TK 6 : DG52) 
v.    Ahli Bengkel Penyediaan Penentuan Profil Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (2008)
vi.    AJK Tinggi Persatuan Pengembangan Profesionalisme Sarawak (PROFES), mulai 2011.
 
3. Penghargaan
(Yang pernah diterima daripada institusi-institusi tertentu atau kerajaan di peringkat tempatan /antarabangsa)

 

  1. Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) Tahun 2002
  2. Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) Tahun 2005
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, KPM tahun 2005
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, KPM tahun 2011
  5. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) tahun 2012