En. Bedui bin Uni
Dilahirkan di Kampung Ajaang, Mukah (Sarikei). Mendapat pendidikan awal di SRK Abang Galau, Rejang (1963-1969), SMK Sungai Paoh, Sarikei (1970-1972), SMK Binatang/Meradong (1973-1974), Kolej Tunku Hj Bujang, Miri (1975-1976), Universiti Kebangsaan Malaysia 1977-1980 (Antropologi), Diploma Pendidikan, UKM (1991). Beliau pernah bertugas di 14 stesen pendidikan di Sarawak antaranya ialah
Bil |
Sekolah |
Tempoh |
1. |
Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri |
Ogos 1981-1984 |
2. |
SMK Dato Permaisuri, Miri |
1 Okt 1984 |
3. |
Jemaah Nazir Sekolah, Miri |
1 Jan 1985 |
4. |
SMK Three Rivers Mukah |
1 Feb 1986 |
5. |
Jemaah Nazir Sekolah Miri |
1 Dis 1987 |
6. |
Jemaah Nazir Sekolah,Sibu |
1 Dis 1989 |
7. |
Pejabat Pendidikan Bahagian Kapit |
16 Mei 1992 |
8. |
SMK Datuk Patinggi Abdul Gapor, Stampin, Kuching |
16 Nov 1995 |
9. |
Pejabat Pendidikan Bahagian Mukah |
1 OKT 2003 |
10. |
Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei |
16 Jan 2006 |
11. |
Pejabat Pelajaran Gabungan Kuching |
16 Jun 2007 |
12. |
Sektor Pengurusan Akademik, JPNS |
18 Ogos 2011 |
13. |
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri |
5 Feb 2013- Ogos 2015 |
14. |
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak |
1 Sep-15 Jun 2017 |
Beliau pernah menghasilkan sebuah buku iaitu:
Bedui bin Uni. 2022. Coretan Calitan Catatan Warna-Warna Marhaenik. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
Bilangan muka surat, 261. Bab dalam buku dibahagikan mengikut Anekdot dan Coretan. Jumlah Anekdot sebanyak 34, manakala jumlah Coretan sebanyak 78. Buku ditulis menggunakan Bahasa Melayu. Buku ini merupakan satu catatan penulisan yang mudah dibaca dan mudah difahami. Penulisan yang digunakan melalui kaedah bercerita dan memberikan pendapat secara personal atau ringkasnya penulisan anekdot. Pandangan yang diberikan jujur dan berterus terang dan secara santai. Secara umumnya penulisan ini telah berjaya menampilkan objektif penulisan dan gambaran penulisan seperti mana tajuk yang diberikan “Coretan Calitan Catatan Warna-Warna Marhaenik”.
*Anekdot merupakan satu bentuk karangan cerita pendek dan ringkas yang mempunyai pengajaran dan disampaikan secara santai dan ada unsur humor atau lucu. Kadang-kadang ia menyelitkan elemen sindiran secara berkias dalam penulisan anekdot (Nurul Syahida binti Hassan, 2017) dan boleh jadi secara berterus terang. Ia boleh juga ditulis mengikut minat tertentu dan selalunya memiliki satu tema.