Biografi

Berasal dari Glasgow pada 4 April 1914.  Keluarga beliau sangat berkait dengan dunia pendidikan apabila bapa beliau turut merupakan seorang guru besar. Membesar sebagai seorang pelajar yang meminati aktiviti komuniti di sekolah. Tugas beliau yang pertama di Sarawak melibatkan dunia pendidikan yang dianggap bukanlah sesuatu yang asing bagi beliau. Semasa bertugas di Sarawak beliau telah mengambil kesempatan untuk melawat kawasan-kawasan petempatan masyarakat yang tertinggal daripada arus pembangunan. Minat yang mendalam membawa beliau untuk memberikan khidmat sepenuh masa untuk membantu pembangunan masyarakat di Sarawak (Borneo Post).