Biografi

Nama penuh beliau ialah Murray Graeme Dickson (1911-1997). Sebelum meletusnya Perang Dunia ke-3 beliau bertugas sebagai Pegawai Penjara di Borstals, 1935-1940. Apabila meletusnya Perang Dunia ke-2, beliau ditugaskan bersama Force 136. Selepas tamatnya PD2 iaitu pada tahun 1947 beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan di Pejabat Tanah Jajahan dan dilantik sebagai Pegawai Pendidikan dan di tempatkan di Kuching, Sarawak. Pada tahun 1948 beliau telah dilantik sebagai Pengetua Pusat Latihan Batu Lintang yang pertama dan yang ke-3 pada tahun 1951. Pada tahun 1952 beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak dan seterusnya Pengarah Pendidikan Negeri pada tahun 1955-1956. Selepas bersara beliau meneruskan khidmat beliau sebagai penasihat UNESCO berkaitan dengan hal ehwal perancangan pendidikan Kerajaan Lesotho, 1967-1968.

 

Penulisan dan Hasil Karya

Beliau aktif dalam bidang penulisan. Di antara 2 karya dan sumbangan beliau ialah melalui:

Sarawak and its people, Kuching: Borneo Literature Bureau, 1964.

Sarawak Diary, December 1961 - June 1962. [Bahan di Rhodes House, Oxford]

miscellaneous correspondence, photographs and press cuttings relating to service in Sarawak, 1946-1973.

http://archiveshub.ac.uk/data/gb161-mss.pac.s.100.pdf